Ahad, November 2

Penangan Pesta Buku Alaf 21, Haha..

Pagi tadi, lebih kurang jam 10.30 pagi, aku merempit ke Shah Alam, Selangor. Target utama, dah tentu la nak pi Pesta Buku Alaf 21. Lama juga la nak mencari Alaf 21, jenuh juga aku pusing-pusing Shah Alam mencari Seksyen 16. Of course la banyak kali tersesat masuk jalan yang salah. Sama ada aku yang tak reti tengok signboard ataupun signboard tu sendiri yang jeles, sebab aku nak pi grab novel Personal Justice. Haha. Aku aim nak beli Personal Justice je, yes, dapat gak. Harga sebenar RM15 tapi selepas diskaun, dapat la RM10.50. Murahnya. Yang membuat aku terpegun, kulit dan kertasnya. Memang macam novel-novel english kat Malaysia. Kualiti import. Haha. Kalau Alaf 21 eksport novel ni ke luar pun, mesti ramai yang tak percaya novel ni dari Malaysia. Tahniah untuk Alaf 21. Harap selepas ini, novel Personal Justice ni akan merentas benua, terpasar di negara2 luar juga. Kira boleh letak kat kulit depan tu, International Best Seller. Pergh.

Kemudian, aku ambil Ungu Karmila lak untuk kawan aku yg pesan novel ni. Yes, berjaya hasut dia baca novel dan beli karya Ramlee Awang Murshid. Harga sebenar RM19.90. Harga selepas diskaun 30%, dapat la RM13.93. Quite murahkan?


Dah pegang Personal Justice, ternampak lak novel ni. Wow, Tangisan Berdarah. Macam best je ni. Aku baca la sinopsis kat belakang novel tu. Sah, cerita thriller dan seram. Hoho, Kak Elle ramfc, macam cerita makmah je ni. Terus aku grab satu buat koleksi. Harga sebenar RM18.90, tapi selepas diskaun, dapat la RM13.23. Tangisan Berdarah ni diterbitkan oleh Buku Prima. Aku pernah baca Bujang Senang, Lagenda Sebuah Cinta karya Dr Idris Boi yang turut diterbitkan oleh Buku Prima. Tak mengecewakan walaupun susah juga nak faham. Sebuah karya klasik. Sebab tu aku berani grab Tangisan Berdarah ni walaupun ni first time aku jumpa novel ni.

Alahai, masa masuk kedai Alaf 21 tu, nampak pulak novel-novel yang dijual murah. RM5 je weh. Teruja lagi. aku terus grab 4 novel. Haha. Habis gak la RM20 untuk 4 novel ni. Harap-harap, cerita ok la. Kalau tak best, aku bungkus buat hadiah je lah. Boleh? Haha. Novel apa? Ha, tengok kat bawah ni.

Arjuna Hati oleh Norzailina Nordin. Ni novelis mantap gak ni. Penulis novel Zuriat yang mengganggu emosi tu. Layan.

Badai di Hati oleh Fazie Hanna. Rasanya pendatang baru dalam dunia penulisan.

Dekat di Hati oleh Eyman Hykal. Rasanya ada karya Eyman yang aku pernah baca. Quite ok gak kot tapi agak jiwang karat. Layan je la. Tadi sembang dgn abg websutera kt blog ramfc rupanya, Eyman Hykal ni ialah En Nordin, orang kuat Alaf 21. Haha, macam mana la aku boleh tak tau sebelum ni.

Pasrah Kasih oleh Mazia Harris. Rasanya Mazia pun dah banyak novel dengan Alaf 21. Harap ok novel ni.

Habis gak la lebih kurang RM60 untuk novel-novel ni. Nanti kalau Alaf 21 ada buat pesta buku lagi, wajib datang sebab ada novel-novel yang dijual murah RM5. Tak menyesal aku merempit dari Equin Park ke Shah Alam. Hoho.

Ha, lupa lak nak mention skali. Dapat gak cenderahati free dari Alaf 21. Sticker kereta VIP - Very Important Pembaca dan juga sebuah buku agama bertajuk Soal Jawab Puasa. Bestnya. Memandangkan aku takde kereta, aku bagi sticker tu kat kawan aku yang pesan Ungu Karmila tadi tu. Hehe.

p/s: Nak kena start simpan duit untuk pesta buku antarabangsa April next year. Boleh den borong sakan nanti. Kalau setakat window shopping macam this year je, memang tak berbaloi. Tapi ok gak, dapat beli novel-novel nipis dari Creative Ent, RM1 je sebuah. Aku grab 10 buah, semua cerita misteri. Tapi biasa la, kualiti mengecewakan dan cerita pun agak tak best. :( This year, aku nak beli novel berdasarkan minat dan kualiti. Bukan lagi bersandarkan harga yang murah. Tapi kalau ada sale lagi sampai satu novel berharga RM1 je, aku nak grab juga la.

6 ulasan:

Sabiah berkata...

haha.nampaknya hakim telah lari jauh dr tujuan asal.mula2 nak beli satu je kannnn...

same la kita.borong buku tu mcm esok2 dah xde jual lagik.

sy pun dh dpt personal justice tu.cuma xstart baca lagi.ade byk lg waiting list hehe.

GC berkata...

amboi..byk nyer shoppingggg....
happy reading Akim & Thanks for sharing your moment.

akimsensei berkata...

haha, sabiah, mcm biasa la.. tu yg maleh den nk masuk kedai buku tu.. kalu xamik, esok2 dh xde diskaun 30% dh.. kene la amik gak.. :) inilah nasib si pencinta novel.. haha..

kak gc, ok. esok baru start cuti. baru boleh start nk hadam novel2 tu. antara personal justice dgn tangisan berdarah, mcm nk abiskan tangisan berdarah dulu je. teruja dgn tajuk yg sentiasa men'dugdagdugdag'kan hatiku. hehe..

Hafeeny berkata...

salam ziarah..nk tya bole.. novel personal justice tu sama dengan novel ADAM ke? tp dah translate ke Inggeris ek?
~~fan ramlee awang murshid juga:)

akimsensei berkata...

ya hafeeny. betul tu. english version of ADAM. tp dh memg nmpk lain gile. mcm novel oversea la personal justice tu. harga pn murah. eh, jmput join RAMfc di www.simurl.com/ram

Farhah berkata...

Masih adakah novel personal justice itu?

Related Posts with Thumbnails