Khamis, November 6

Tangisan Berdarah, Misteri dan Seram, 4.5 Bintang

Tajuk: Tangisan Berdarah
Penulis: Hasrudi Jawawi
Penerbit: Buku Prima
Bintang: 4.5

"Aku akan datang menemui kau di alam nyata. Untuk merampas kembali apa yang telah kau rampas dari aku!"

Membaca Tangisan Berdarah membuatkan pembacaan aku terpaksa dihentikan tatkala jarum jam melangkaui jam 12 tengah malam. Bak Sang Cinderella yang perlu bergegas berlari balik ke arah kereta buah labunya sehinggakan tidak menyedari sepatu cantiknya tertinggal sebelah, begitu jugalah aku yang terpaksa bergegas menutup novel ini sehinggakan perlu melupakan kisah yang telah dibaca. Takut tersampuk cerita bersambung di alam mimpi konon-kononnya. Haha. Konklusinya, elemen keseraman yang cuba ditampilkan oleh Hasrudi Jawawi terserlah. Sehinggakan ada kalanya aku terasa bagai ada mata yang tidak berkelip sentiasa memerhati aku dari jauh. Seriously, aku tak mampu nak teruskan pembacaan malam tu, just abiskan prolog, and terus take cover atas tilam, membuta.

Cerita dimulakan dengan keceriaan sebuah keluarga yang baru balik dari membeli barangan baby kerana sang isteri hanya tunggu masa sahaja untuk melahirkan anak. Aku turut merasai kebahagiaan tersebut bagai aku melihat watak-watak di hadapan aku sendiri. Sedang sang ayah mengambil barang dalam kereta dan mengangkat anak sulungnya untuk masuk ke rumah, terdengar dentuman tembakan yang telah amat mengejutkan aku sebenarnya. Sang isteri, Wan Zarina terus menerpa ke ruang pintu dan tiba-tiba, DUMN, dia juga ditembak. Maka terjadilah pembunuhan 3beranak yang menggemparkan serata taman. Aku sebenarnya tidak menyangka sama sekali akan terjadi pembunuhan ini tatkala dibuai cerita bahagia rumahtangga. Tragedi pembunuhan inilah yang merupakan kunci sebenar cerita ini yang memulakan episod pembabitan alam ghaib menyerupai MAKMAH. Haha, mengarut betul, bukan la, pontianak dan langsuir sebenarnya. Terus jadi tak suspen kan. Maka kisah bermula, heboh satu kampung tatkala mayat sang isteri yang dikuburkan ghaib secara tiba-tiba. Desas desus yang tersebar mengatakan mayat sang isteri telah bertukar menjadi sang langsuir yang mengilai-ngilai mengelilingi kampung. Ayah dan ibu Wan Zarina dipulaukan oleh orang kampung kerana dikatakan Langsuir Wan Zarinalah yang menyerang sepelosok kampung. Di satu sudut perkampungan, seorang manusia berkiblatkan syaitan bernama Wak Sekak sedang khusyuk meratib meraban. Seorang pemuda kelihatan menggigil bertemankan satu jasad yang masih lagi berbalut kain kafan. Kelihatannya jasad tersebut terkujur kaku di hadapan pemuda tersebut yang bernama Hasham. Sebenarnya ada kaitan antara Hasham dengan Wan Zarina ni. Baru abis citer pasal prolog ni, tak masuk isi lagi. Malasnya.

Aku nak cerita ringkas je la. At least, korang tau jalan cerita dan kat mana part yang misterinya tu. Nak cerita bersastera-bersastera ni, nanti aku melalut ke Sempadan Siam la plak, aku yang melebih-lebih karang sampai ulasan lebih panjang dari novel tu sendiri. Haha. Then, plot bergerak ke sebuah kolej. Ada 2watak penting kat sini. Aliff Haikal dan juga Adika Natalia yang berumur lebih kurang 19tahun la. Aliff Haikal ni anak Hasham yang tadi jumpa Wak Sekak tu bersama Puan Sofea. Memang diorang ni orang berada dan Aliff Haikal ni pulak dilambakkan dengan kehidupan yang mewah gilas. Yang Adika Natalia ni, kira awek cun yang vogue gila la. Kat sini la yang aku rasa OSH RAMfc marah tu, sebab si Hasrudi Jawawi ni describe Adika Natalia ni menggunakan nama2 jenama macam Gucci, BUM, dan jenama2 lain la yang aku pun tak ambik tau. Yang aku tau, Si Adika ni memang awek cun yang vogue la kt kolej ni dan Si Alif ni macam lelaki terhangat di pasaran. Ramai orang kata diorang ni couple, tapi sebenarnya bukan. Alif memang dah 3x melamar Si Adika ni, tapi Adika jual mahal. Reasonnya, dia tak nak terkesima dan terluka di kemudian hari. Dia nak fokus pada study dulu. Tapi diorang berdua ni memang best friend la, pi mana pun berkepit berdua.

Setiap bab pasti ada babak yang mengulangi kisah mimpi Si Hasham dan Si Aliff ni yang bertemu dengan 2orang pompuan. Kalau Si Hasham ni yang mimpi, dia akan mimpikan Si Roselia. Kalau Si Aliff ni yang mimpi, dia akan mimpikan Si Wan Zurina yang mati kene tembak tadi. Babak Puan Sofea yang selalu sakit kepala juga turut diulang-ulang sampaikan time Si Hasham ni try check kt kepala Puan Sofea tu, dia terkejut besar (Suspen gilos time ni. Aku memang bajet dia ni la pontianak yang dipaku kat atas ubun-ubun time awal-awal tu, tetapi, nak tau kena layan sendiri). Ni sebagai satu hint di awal-awal cerita, yang masa awal-awal mungkin kita rasa cuak sebab tak faham lagi, tapi semakin ke belakang cerita, rupanya Si Hasrudi cuba mengingatkan kita yang keluarga Si Hasham ni memang sentiasa diganggu terutamanya bila malam Jumaat (malam ni ke?). Hal ini ada kaitan dengan perjanjian antar Si Hasham ni dengan Wak Sekak tadi yang memerlukan selepas Si Hasham ni dapat balik Wan Zarina tu, dia kene gi jumpa Wak Sekak tu sebanyak 44 kali tapi dia mungkir.

Ok, hubungan antara Hasham dengan Wan Zarina. Aku ulas dulu la. Sebenarnya Si Hasham ni berkenan dengan Wan Zarina. Sebelum tu dia pernah suruh mak dan ayah dia masuk meminang. Dia ni boleh dikatakan anak manja jugak la dalam famili tu sebab anak tunggal. Segala kemahuan dan kehendaknya dituruti. Jadi, bila keluarga Si Wan Zarina ni tolak pinangan dia, yang Si Hasham ni dok salahkan ayah dia. Sampai dia tuduh ayah dia saja-saja letak hantaran rendah supaya pinangan ditolak. Ayah dia ni plak, tengah menderita sakit jantung, dah memang ajal kot, meninggal time tengah bertelingkah tu. Maknya turut meninggal tak lama kemudian sebab makan hati denga sikap Si Hasham ni dan tak dapat terima pemergian suaminya. Start dari sini la, Si Hasham ni macam dendam-dendam sayang dengan Si Wan Zarina tadi. Dendam sebab famili dia tolak peminangan tu, dan sayang sebab dia ni memang syok abis kat perempuan ni. Satu je aku tak best sangat pasal novel ni, yang semasa Si Hasham ni boleh senang-senang je curi pistol kawan dia (polis). Then, pendek sangat cerita macamana polis siasat kes pembunuhan 3beranak tu. Sepatutnya kena dipersuspenkan lagi sampai aku yang baca ni puas hati. Haha.

Ok, bercerita pasal Roselia pulak. Roselia ni awek cun yang baru masuk kolej tu. Dia start jumpa dengan Si Aliff tadi semasa Si Aliff ni jadi fasilitator kumpulan diorang. Then, ada satu group kawan Si Aliff ni dapat detect yang ada something wrong dengan Si Roselia tadi ni. Menggemparkan, semua gambar-gambar Roselia yang ditangkap semuanya kabur, dan imej tu jadi buruk tak ingat macam la MAKMAH. Diorang ni (2orang yang dikatakan gay, orang sarawak) pun, dengan merujuk satu buku dari Indon, inform la kat Adika, kawan rapat Si Aliff tadi. Time ni, Aliff dah jatuh cinta dengan Si Roselia ni, sebab kan tadi lamarannya terhadap Adika ditolak mentah-mentah tiga kali. So, nak dijadikan cerita, bermula la episod penyiasatan Adika terhadap Si Roselia. Misi utama, untuk tengok atas ubun-ubun Si Roselia tu ada kesan paku ke tak. Huhu, suspen gila ceritanya time nak abis. Hasrudi sang penulis still berteka-teki sama ada Si Roselia ni betul-betul pontianak atau tak sampai la ke ayat terakhir novel ni.

Sebagai rumusan, awal-awal novel ni, thriller (kes bunuh tadi), then, seram (bermula episod MAKMAH), then, jiwang (kisah budak kolej cintan cintun), then suspen (bila dapat wajah Roselia nampak buruk dalam gambar), then, misteri (time dorang nk buktikan yang Roselia tu pontianak atau tak), then thriller balik (kes bunuh lg, tp xbest sangat part ni, patutnya Abang Ramlee Awang Murshid masuk campur bagi part ni lagi thriller).

Persoalan yang berjaya dibangkitkan oleh sang penulis Hasrudi Jawawi, siapakah sebenarnya Puan Sofea, adakah wanita yang sama dengan Wan Zarina, betulkah Roselia tu pontianak, apa kaitan Roselia tu dengan keluarga Aliff, apa kebenda yang pontianak dlm mimpi Si Hasham tu nak mintak dikembalikan, siapakah perempuan yang Aliff jumpa dalam mimpinya, mengapa bila Aliff panggil perempuan tu, dia buat dek je. Ha, suspen kan? Suspen gilos.

Apapun, andai betul ni 1st novel Hasrudi Jawawi, syabas beteh aku ucapkan. Gempak abis, semua rasa ada dari seram, sedih, suka, girang, ceria, takut, suspen, dan macam-macam lagi la. Harap boleh belajar banyak lagi dengan Abang Ramlee kot. Apasal aku ni jadikan novel Abang Ramlee sebagai kayu ukur papan jenazah ni. Entah la. Maybe dah novel dia yg paling thriller kat Malaysia ni buat masa ni, takde orang lain lagi boleh lawan. Satu lagi, kalau part yang jampi-jampi dan puja-puja meratib tu, if diletak ayat-ayatnya macam yang Ilani Mysara buat dalam Kuseru Namamu, lagi la nampak keseramannya itu. Haha.

Ha, buat BukuPrima, kalau boleh kat belakang novel tu selit-selit la sikit biodata penulis. Kitorang sebagai pembaca nak tau jugak latar belakang dan personal detail penulis tu. Kan2? Haha.

p/s: Ada gak mention pasal Abang Ramlee dalam novel ni, then pasal lagu-lagu Siti Nurhaliza Melawan Kesepian dan juga Anuar Zain Lelaki Ini. Boleh la nak buat koleksi, tak sia-sia aku beli hari tu. Yea.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thx sebab sebab bagi feedback yang baik untuk novel pertama saya TANGISAN BERDARAh terbitan BUKU PRIMA.... sepanjang saya menulis, saya berharap agar saya bisa menghidupkan suasana seram bagi pembaca. Syukuralhamdulillah ianya bisa menhidupkan situasi itu kepada pembaca...

terima kasih sekali lagi kerana sudi membeli novel saya....

akimsensei berkata...

Hi Hasrudi. Tahniah. 1st novel ke? Btw, smga dpt hasilkan novel2 seram lagi lepas ni. Wow, mcm tak percaya sang penulis singgah di blog ini. Hehe. :)

Tanpa Nama berkata...

hai.. nk meyampuk skit ni..
bile baca ulasan novel ni, terasa mcm nk bli n baca je..
ekceli, rudy ni my coursemate.. xpercaya dier ni novelis.. 1st novel plak tu..tp bile dh baca ulasan kat cni, n tanye2 sket kat rudy, lg menguatkan rase nak bli that novel..huhuhhu xsabar nk bli... =)

akimsensei berkata...

hi eliya, for me, memg novel ni best, seram dan tekateki. tp kawan2 ramfc den bagi 1.5star (kak teja) n 2.5star (osh). xtau la nape. mgkin setiap org tgk dr sudut lain2 kot.

Tanpa Nama berkata...

lepas baca buku tu ermm... frust sgt maybe harapkan yg terbaek dr novel tu....siap tunggu waktu mlm lagik utk baca..utk menambah keseraman bila bc buku tu..well to be honest rasa seram tu x de..
bila bc awal bab dh blh agak apa kesudahannyer....klimaks cerita tu x strong....byk bercerita ttg perkara yg remeh temeh....is that necessary to tell what brand they use if dr mula story tu dh describe that they anak org kaya n i thing everybody knows taste org kaya cm mana x kan nk pakai brg yg cikai kot...elemen2 penting dlm story ni di abaikan...
sorry for my comment.....

Tanpa Nama berkata...

to Anonymous ....

Saya minta maaf sebab novel saya tak bisa memuaskan hati anda. Komen anda akan saya jadikan inspirasi untuk jadikan sambungan TANGISAN BERDARAH lebih baik selepas ini.

Untuk semua pembaca TANGISAN BERDARAH, insyaALLAH next year akan ada sambungannya.... tajuk sementara KU SERU... segala teka teki yang tidak terungkap di TANGISAN BERDARAH saya akan ungkap di KU SERU...

jika ada teka teki di KU SERU tidak terungkap... ianya akan terungkap pada TRILOGI TANGISAN BERDARAH.... semuanya masih dalam perancangan... jadi.... tunggu sahajalah.... insyaALLAH....

akimsensei berkata...

orait hasrudi, take this as a challenge ok. lgpn, xde lg novelis yg betul2 bleh pgil novelis seram no1 malaysia. hope in future, org itu adalah hasrudi. kalau boleh, bykkan elemen thriller/penyiasatan. biar debaran dlm jantung ni semakin membuak buak gedebuk gedebak. okey hasrudi, mental mesti kuat.. ;)

Tanpa Nama berkata...

to akimsensei

bukan ker Novelist seram no1 malaysia ZAIFULZAMAN AHMAD..

semua novel dia novel seram...
novel2 dia semua saya suka...

JULIA, RAHSIA MIMPI. TERATAK KENARI, RINTIHAN NASIHA (tak pasti), DENDAM SEMALAM dan ANGKARA SAKA.....

hope saya boleh jadi mcm dia... dan novel saya berbeza dari novel dia....

akimsensei berkata...

hasrudi, ye jugak. tp since alaf21 xpernah pun nk declare zaifuzaman tu novelis seram no1, smpi stkt ni xde lg kot. tp akim dh baca gak novel zaifuzaman. quite ok. cuma kurang selesa dgn bahasanya. akim dh baca rintihan mazliza dan rahsia mimpi. quite ok la. akim lg suka baca yg buku lama2 dulu yg siri bercakap dgn jin, if xsalah by TOK AWANG ape tah, tp dh susah nk carik skrg ni. best, tp mgkin xdikormesilkan dan xdpgil sbg novel.

illaieylla berkata...

ok akim, skrg turn akak lak nak bg komen psl tangisan berdarah ni....

1st....akak dgr ckp akim jgn baca citer ni waktu mlm coz serem giler. so akak tertunggu2 then baca waktu siang je.

tp hampeh coz elemen serem tu mmg x de langsung, duk citer psl anak org kaya pelbagai.

tp utk novelis tu, setakat ok ajelah. wlpun ni novel pertama dia, so dia berani gak la buat citer cam ni..... mgkn 2nd novel nnt dia blh adjust bg elok utk kepuasan pembaca mcm akak ni

Tanpa Nama berkata...

INSYALLAH....

TANGISAN BERDARAH akan ada sambungannya. Tajuk sementara KU SERU.

dalam sambungannya itu saya akan merungkai siapa sebenarnya Roselia... dab dendam WAN ZARINA akan terlunas....

KLU SUSPEN....

Apakah dendam akan bersambung?
Apakah tragedi lama berulang semula?

nantikan KU SERU pertengahan tahun hadapan...

INSYAALLAH...

akimsensei berkata...

cayalah hasrudi, tabik spring.. toink... gak sabar menunggu.. kuseru, kuseru, kuseru.. patutnya dekat kan.. rela kuseru ok gak kot ;) mcm ada kait mengait ng mantera ja ni.. ;o

Related Posts with Thumbnails