Selasa, Mac 10

Aku diulit kenangan? udah2 le tu.. haha





Kat bawah ni, catatan zaman dulu-dulu. Tengah dok godek-godek laptop aku ni, tiba-tiba jek terjumpa diari lama aku ni.. Diari tak siap, just untuk beberapa hari jek. Tak istiqamah betul aku nih. Haha.. Time ni, if tak salah baru nak start sem baru kat UTM. Time ni gak, aku still stay kat Kolej 11, Kolej Sulaiman Kadikon. Ntah apa-apa laa aku dok merepek tulis kat bawah ni, surely aku keboringan takde kerja. Layan je lah..

isnin 25/12/06
hm, jam 4pagi, aku merempit gi sri puteri amik paiman. time nak masuk kat gate, pak guard tahan suh scan kad matrik. ala, paham2 la. sem baru buka, dah tentu orang baru balik dari kampung. wawawa, tapi si mamat pandan ni balik dari bandar la.. haha.. pas subuh, sekali lagi aku kuar gi bilik adib main internet. jap je, pastu terus gi shell skudai beli paper utusan. balik bilik, baca paper sket, then, terus terbongkang atas katil sampai 10.30pagi. bangun, alamak, dugaan betul. aku telah mengalami sakit perut yang keterlaluan. ujian je ni. sabar, sabar. lima enam kali gak la aku jadi penghuni tetap bilik air tu. pastu, terus aku sambung tido sampai jam 3.30petang. haha, lama gila, hm, dah kurang sket. aku gi jalan2 kat taman u beli apa yang patut. tumpang moto kerk ada kat aku nih, baik aku gunakan semaksima mungkin. pasni, dah susah dah nak kuar. pas asar, aku makan megi je ngan baca paper. haha, takde keje betul la ari ni. boring siot. si pandan lak, asyik dok citer pasal budak2 yang nak kuar kolej tu. biar la dia sorang bising, aku bising dalam blog ni dah le. pas isyak, gi makan kat cp ng paiman, tamrin ng jijon. mula2 plan nak makan kat meranti, tapi ramai nak mampus. so, terpaksa la tukar plan gi cp walaupun just makan nasi goreng kampung je rm2.50. kira orait la tu walaupun tak mengenyangkan sangat. pastu terus merempit gi ktc lagi. bilik adib la. hm, pau dia sket pasal dia tengah makan gak. langkah kanan betul aku ni. nampak sangat aku ni makan banyak tapi aku stil tak kenyang lagi gak. hm, takpe2, berhenti sebelum kenyang kan.. so, aku layan tv je la sambil sket2 surf internet. friendster, ukhwah, friendster, ukhwah, aku dok ulang benda tu je. takde motif langsung. tapi dapat gak ilmu sket2. pas menguap, jangan lupa istighfar k. menguap tu, mulut jangan buka luas2 sangat. beradab sket. pastu, jangan sampai keluar bunyi. ni ada gak yang bila menguap saja2 nak bunyikan suara perut. kalu sedap takpe la. haha.. sape yang makan cili tu, aiseymen, aku pun baru tau, so sama2 amik iktibar. tgk tv8 ada citer gol n gincu. layan je la. boleh tahan la, citer cakap melayu campur org puteh. hm, citer pompuan melayu yang suka main futsal. apa ra, tapi layan jugak la. citer tu abis jam 11.30, terus aku cau balik bilik. jam 12 aku tido. zzz..

selasa 26/12/06
punya dok tunggu subuh, tertido lak.. bangun jam 9.15pagi, terus siap nak gi kuliah. hujan lebat ya amat. kalau macam ni punya pesyen, leh banjir balik la tempat yang dah surut. hahaha, nasib baik laa aku dah tak stay kat krp blok lama aku dulu, kalu tak, surely nair ayaq nye la.. hm, terbangun sebab si sengal carik plastik hapa tah. haha, macam tau2 je aku ni tokan plastik. konon2 nak pindah ktdi la. pindah la mat shah oi, aku malas dah nak berleter. takkan aku nak jadi macam paiman gak kot. mengayat sastera ke hapa, konon2 nak memujuk. hg nak pindah, pindah la... aku still nak stay kat k11, sebab apa? satu mende je yang aku suka pasal k11, insyaAllah la, surau tu kira akrab jugak la walaupun tak la setiap waktu. hm, kalau lepak kolej lain, tah2, setiap ari sorang2 je kat bilik. apa kes?? hm, ntah ar, mesti mamat ni ngan budak2 lain yang nak pindah tu ada reason terseniri. satu, of kos sep duit. dua, kadikon takde. tiga, fikir seniri la, aku pun malas dah nak pikir. sembang askar!! haha, tapi, kalu keluar kolej pn rugi gak. kalu tak, leh la kadikon jadi referees dalam resume aku. haha, dah memang aku tak kuar kolej, memang sah akan aku abadikan nama kadikon dalam resume aku. nanti2 la aku cakap kat dia. faizul dah start kutuk2 aku dah. takpa2, budak k11 dibenarkan. haha.. hm, pas bangun, aku gi kuliah litar elektronik. actually, aku ulang gred subjek ni. dapat teruk sangat dulu, satu gred lagi nak kantoi. nama kos elektronik, tapi elektronik teruk, apa kes?? haha, aku tengah bercakap ngan diri aku seniri ni.. muhasabah jiwa.. tunggu punya tunggu punya tunggu, kelas takde. lecturer puan norhafizah ramli tak sampai2 pun. maybe terperangkap dalam hujan ar kot. so, aku terus cau gi psz. hujan pun hujan la, apa kisah, dalam beg aku dah spare baju. sampai psz karang, aku tukar baju la. tak la sejuk sangat dek ekon psz yang memang leh rasa sampai kat tulang sumsum. haha, hiperbola betul la aku ni. sebelum masuk psz, aku gi msi dulu, hantar borang mohon kupon makanan. aku rasa sem ni aku tak dapat scholar kot, kalau merayu pun tak lepas gak kot sebab pointer sem lepas aku jatuh.. dush, dush, dush... siap ngan sound effect lagi.. haha.. reasonnye, aku tak skor ujian, so carry mark rendah ya amat. buat malu je. tapi, nasib baik la ada budak2 cendekiawan blok ktc bagi semangat kat aku tuk studi time nak final. tq kawan2, kalau tak surely result aku lagi teruk, ntah2 leh ks pe sem ni. hm, sem ni aku tak mau join pape dah. lapaq ke tak lapaq aku, aku redah je lah. sem lepas, aku join segala aktiviti sebab nak cover makan. dapat la makan free certain2 hari. hm, tu pasai la time bulan lapan tu, jam dua tiga pagi baru aku balik bilik. jalan lak tuh. sengsorang.. haha, bila aku pikir2 balik, ye ke aku yang join konvo sem lepas tu. ketua unit lagi. dengan takde duitnye, dengan takde transportnye, macam tak percaya lak. aku la ketua unit paling sengkek, haha. tapi, conclusionnye, tu semua pengalaman. hm, masuk je kelas litar elektronik tadi, naik segan aku. semua junior beb. haha, baru terasa diri ni dh nak abis belajar. dah sem akhir. hm, alhamdulillah la, aku takde yang repeat paper pasal fail. ni je, repeat sebab nak repair cpa aku yang dah jadik 2.63.. wa.. sosyel... takpe, tak dapat keje, aku jadi abang askar la.. haha.. alhamdulillah, tengah kawan2 lain dok risau pasal tempat praktikal, aku dpt tempat gak kat majlis perbandaran johor bahru tengah. kerajaan pun kerajaan la, asal bukan kerajaan langit dah la.. hm, banyaknya aku melalut, mesti faizul ahmad sepupu wahida ni dapat poin banyak nak kutuk aku lagi. takpe faizul, speaking tetap speaking, biaq la apa orang nak cakap pun. haha, latest news, tamrin tak jadi pindah. alhamdulillah, meriah lagi la wing belah aku ni.. haha.. melekat gak ayat2 sastera si paiman ni.. haha, ni la peluang aku nak kutuk si sayur piman shinchan ni pn, balas dendam beb. selalu sangat dok cakap aku ni mat novel. hm, tapi dia stil tak berjaya pengaruhi mat shah. hm, mamt yang sorg ni memang liat sket. hangin satu badan, dapat. ni baju dia banyak bergantungan dalam bilik aku lagi ni. takpa la, kawan nye pasal. haha, pe lagi la aku nak kutuk budak slim ni lagi. dah ar sket2. haha, ada la sket2. novel de latest yang aku baca, ayat2 cinta by habiboerrahman ape tah. aku pun dah tak ingat sape nama authornye tapi citer ni memang penuh ngan muhasabah. hm, bagus tuk mendidik jiwa. walaupun tajuk jiwang ya amat, tapi cerita cinta yang diketengahkan tu bukan dari perspektif macam yang selalu ada dalam novel melayu yang lain. lain, insyaAllah, yang tak minat novel tu, tak rugi baca novel ni, aku suggest sangat. malam, pas maghrib, aku take cover atas katil. eh, abang askar... haha... ngantuk sangat tapi tido jap je. isyak bangun balik la.. hm, pas isyak ingatkan nak pi cict tapi tutup la pulak. hm, takpela, kira macam exercise gak la walaupun aku naik motor. hala, naik turun tingkat 4, tinggi tu.. blok aku mana ada lif, blok askar, memang la kene tinggi, baru fit.. haha.. kerk memang doa tuk dapat aras bawah tapi malangnya tak dapat. haha, takpe la kerk, baik untuk kesihatan bersama. hm, pas isyak, aku, jijon ngan paktam layan citer sutun2. haha, dapat dari madal, citer adik2. kuahaha, hidup penuh ngan warna pink. ish, meluat aku.. layan je la.. dah takde citer lain. aku tido jam 1pagi lebih, ntah malam ni sakit perut lagi.. pemende la yang aku tersilap makan.. maybe kifarah atas dosa2 yg sentiasa bertambah.. ujian je semua ni, caiyok. bangun awal esok ye... hm, lupa, jam 12 td, aku try topup. kredit luput esok, balance tinggal 2sen, tapi dah takleh send mesej. hangin aku, terpaksa la aku claim reward rm1. baru aku sedar, 1sms=2sen. rate tuk campus zone dah tukar ke?? isy, makin mahal ni.. waa.. zz..ntah kul bope aku terlelap.. 1lebih kot..

rabu, 27/12/06
alhamdulillah, mata aku tercelik time azan subuh bagi kawasan jb berkumandang. isyh, sejuk gedi gile pagi2 ni. aku offkan kipas n layan tulis mende ni la. hm, solat dulu beb... solat.. alamak, pg ni kelas awal la pulak, jam 8pg start.. waa..hm, sambung balik.. aku baru bgn tido.. haha, jam dah 3ptg ni.. buruk sungguh perangai, pas makan tengahari, tido.. hm, pg tadi, dari kul 8 sampai 1 full ng kelas. actually, ada la break sejam kul 10. hm, ada 3subjek ari ni, semua lecturer best2. insyaAllah, if aku leh focus dari awal, leh skor kot. lagipun, sem ni aku takde banyak test. kebanyakan assesment dia amik dari markah tugasan. hm, makin bertambah la keje aku sem ni. time break tadi, aku gi bilik komputer kolej kesayangan aku ni, surf internet. baru ku tahu, pasai apa kredit aku abis cepat sangat sejak aku start tukar hp ngan adik aku. rupa2nye, aku terset kat delivery status tu, email. bukannya mesej. tu pasal, setiap kali hntr mesej, aku kene charge 2x ganda... wa, rugi2.. hm, dugaan betul.. hm, lepak cict jap tapi internet lembab lak.. hangin aku, terus kuar makan angin kat taman u. singgah maybank jap amik duit. pastu terus balik psz.. haha, sama je psz ni, lembab gak.. wahaha, mengutuk je aku ni.. kuahaha.. pas maghrib, baru aku sedar ari ni 27/12. dah 22tahun sebulan dah aku ni.. tua sangat.. tu pn tak sedar diri lagi.. wahaha, aku tengah bercakap ng diri aku seniri ni, jangan kacau. hm, penat gak aku cari note2 dsp ngan mikrop aku yang lama2 ni. si shy ngan kaklong ni nak amik.. amik je la, aku simpan pn terperap je dalam kotak tu nak buat gapo.. hm2.. baru pas solat isya, hm, baru aku sedar, kat surau tadi makmum ramai, tapi takde pun budak2 aku. hm, dah banyak yg dah blah, tak leh la meriah macam dulu lagi. takpe, kalau tak berani menerima perpisahan, jangan sekali2 mencipta pertemuan.. wahaha, berfalsafah lak aku ni.. kuikuikui.. diorang ni, sembang askar! tapi kene belasah ng kadikon sket pun dah merajuk.. wakaka.. faizulahmad, nak paku aku lg ke?? dapat poin?? haha..
hm, jam 9je, aku terus membuta... hm, tumpang ada peluang ni, take cover la.. bangun jam 11malam.. then, studi italk ngan litar elektronik sket.. haha.. jam 2.30 tido balik kot.. sok abang kelas pagi2 buta la, jam 8pagi...

khamis 28/12/06
hm, hari ni bangun lambat. 7.30pagi baru la tercelik mata. macam nak tersembul biji mata aku yang dua ni bila tengok jam. yelah, kelas aku start jam 8pg, kelas subjek ulang gred lak tu, dah janji ngan lecturer tu lagi. hish, kalu aku tak gi, cane aku nak amik tandatangan dia. mesti kene gi gak. hm, aku pun, dengan penuh semangat gi la kelas. hm, pas 2jam kuliah, what i can say, puan norhafizah ramli ni memang best la.. i like her teaching way.. wah2x, oleh sebab aku kelas ngan budak2 junior, kene speaking la dalam kelas.. haha, rasa kelakar lak.. hm, pas amik sain puan hafizah, aku terus gi bilik abang jo.. abang jo aka encik johari kasim ni penasihat akademik aku. so, setiap kali sesi pendaftaran, muka dia je la aku terpaksa jengok. overall, dia ni ok walaupun suka kutuk depan2.. haha, aku masuk je bilik dia, dia dah tanya, apa reason awak nak ulang subjek ni?? abang jo ni fesyen dia tak suka budak2 ulang subjek, bukan tak suka, tak galakkan... hm, dia kata, bende yang dah lepas tu, jangan dikenang-kenang, tumpukan benda yang nak diamik semester ni.. hm, tu pasal budak2 semua takut tambah cuak nak gi jumpa dia sebab dia ni banyak cakap. kalau setakat cerita je takpe la, ni dah sampai membangkitkan perasaan marah n malu.. wah2, aku terangguk2 je time dia cakap, ye la, segan lak.. dia target aku dapat grad ngan 2.8, so, sem ni dia suruh aku dapat dekan at least.. pergh, tinggi melangit, tapi aku akan berusaha.. berusaha, berusaha dan berusaha.. hm, dapat je tandatangan dia, terus cepat2 aku pi pejabat nak tanya camne nak buat. dia suh aku isi borang then gi pejabat bendahari atas bukit nuh.. wahaha, hujak lak, tapi belasah je la.. hujan tak hujan, aku redah je la.. hm, lebur gak la rm129 bayar duit ulang gred. then, redah hujan turun bukit gi pejabat fke balik, nak serah borang.. skali kak tu kata kene kepilkan slip pra pendaftaran skali.. hangin aku, aduh, dah la hujan lebat, takkan nak balik kolej kot.. hm, tolong print je kat pejabat tu dah boleh kakak yang sorang ni, macam tak paham lak hujan tengah lebat.. dengan muka bengang, aku blah gi cict, pusat komputer.. nasib baik la aku pinjam motor kerk, kalu jalan kaki, dah down moral lah jawabnye.. aku pun merempit gi cict dalam hujan lebat tu.. lencun gak la baju tapi nak buat caner, misi mesti dilaksanakan.. haha, pas print, gi fke balik.. basah lagi, hm, tiga tahun abang jadik palapes, takkan mende senang camni pun tak leh setel. smpi fakulti, terus aku bagi borang tu kat kakak tu ngan muka penuh keceriaan. terbaca gak kat sticker kat cermin pejabat tu, budi bahasa budaya kita. haha, sekali lagi mende yang boleh menyirap bandungkan darah aku happened.. server down.. sok pulak.. waa.. hanginnye, takpela, kak tu cakap borang tu dia simpan, sok boleh mai amik. orang utara kot kakak ni, cakap slank tempat aku gak. hm, pastu, terus aku cabut gi balik bilik. lencun gile baju aku. sampai bilik lebih kurang jam 12 tengahari, tengok2 roomate aku tengah terbongkang best nye atas katil. dengan diiringi gemersik suara hujan yang dah berapa hari meratapi.. argh, apa aku mengarut ni.. haha, mana leh tahan, aku terus tukar baju n dump... merebahkan badan ke atas katil n terus tak ingat dunia.. sedar2 dah jam 3.30petang. bangun, solat zohor n terus gi pejabat kolej tuk masuk bilik komputer. alamak, tak buka lak, diorang cakap server lambat, kalau masuk pun, buat perabih masa je. so diorang tutup la.. aku pun lepak situ la baca paper, layan je la abang mahadir tu dok ajak bersembang.. haha.. petang, aku do nothing.. jam 6.30, aku kuar gi taman u isi minyak motor. hm, jap gile, cane la kalu aku ade motor seniri.. makin nipis la poket aku.. skang ni yang takde motor pun dah ikat perut, kalu ade, lagi teruk kot. hm, singgah sapiah jap makan. lama gile tak makan kat sini. dah satu sem kot. sem lepas, sengkek. aku makan kat cp je banyak. haha.. then, balik utm, singgah azah jap. beli barang sket. call shy suh amik buku dia tapi dia ada kat luar. takpe la, dia cakap nak datang amik seniri kat k11 malam ni. sampai bilik lebih kurang jam 7.50 macam tu. terus solat maghrib, kang abis waktu, tak pasal2 lak. pas isyak, jadik keje lak aku teman si faizul ngan tamrin layan sutun2.. buang masa betul. target aku nak belajar vb malam ni tak jadi lagi. hm, kene kuatkan semangat ni. tadi dalam jam 11, shy sampai ng keter. wah2, kaklong dah maju skrg pakai keter. patut ar tiap2 ari kuar shopping jj. hahaha. dia kasik kat aku buku e2, aku kasi kat dia buku dsp ngan mikrop. hm, tak banyak sangat pun yang ada. sori ar shy. pepun, trimas atas note ngan pasyear e2 ko ni. lebih kurang jam 12, aku lepak kat meja studi. mengelamun tak tau nak buat apa. baik aku tidur. nak belajar vb, kang melarat lak tak tido sampai pagi. tido dulu beb... hah, lupa, ari ni besday paktam aku. sorang kat penang, sorang kat kluang. semoga panjang umur n murah rezeki.

jumaat 29/12/06
hm, memulakan hari dengan tak berapa baik. subuh gajah lagi at 8.30pagi. tu pun nasib baik si paiman datang kejut. hm, macam tau2 pulak puan hafizah ni yang ari ni aku bangun lambat. kalau tak, memang dah melepas la kelas litar elektronik tu. hm, pas subuh, ingat nak sambung balik tido sampai jam 9.30pagi je, tapi terlajak sampai 9.50pagi. kalut gak aku time bangun sebab kelas jam 10pagi. bangun, amik sweater, pakai, basuh muka n terus gi kelas. haha, bukan orang tau pun aku tak mandi pagi ni. hm, on the way tu, nasib baik la aku tak terlanggar kancil depan aku tu. dia nak belok tapi aku tak sedar signal dia, mau tak terperanjat aku membrek, terheret gak la tayar belakang tu. siap ngan bunyi2 dia skali.. haha, tapi alhamdulillah, still in control. terus aku memecut gi p16 yang jauh nun di atas bukit fke nu. hm, dalam kelas mengantuk lagi da. lecturer ni rajin lak nak bercakap, 2jam direct tanpa henti. haha, bosan lak aku, tapi nasib baik slide dia best. mengantuk pun, tahan je la. takkan aku nak tido depan dia kot, dah la row kedua, tak pasal2 kena skuad jump free depan kelas karang. hmm, abis kelas, terus gi amik slip pendaftaram subjek yang semalam tu kat pejabat fke. hm, lama gak tunggu. ada la 15minit. then, terus balik bilik n prepare tuk solat jumaat. pas solat jumaat, ingat nak jumpa pm harun, penyelia psm aku tapi call dia tak dapat2. hm, aku lepak kat bilik jap. dalam jam 3 macam tu, aku terus rempit gi cict. hm, lembap lagi. jap je aku lepak, then terus kuar. call pm harun lagi. alhamdulillah, dia ada kat bilik tp tengah sibuk. dia suh aku jumpa dia jam 4.30 karang. hm, aku pun rempit gi cp tuk makan. ok la rm2.20, nasi ngan ayam seketul. hm, pas jumpa pm harun, aku terus balik bilik n rest. cuak gak bila memikir2 pasal psm aku. hm, takpe2 hakim, keep yourself motivated. u can do it. malam, pas maghrib, lepak kat bilik. solat maghrib ngan isyak kat bilik je. pas isyak, gi masjid pasal ada mesyuarat nak agih keje tuk korban, ahad ni. abih lebih kurang jam 10malam. hm, balik, lepak kat bilik jijon, then.. ntah la, aku pun dah lupa da.. aha, ari ni besday si ferdaus. semoga panjang umur, murah rezeki, murah senyuman, kurangkan geleng n....

ahad, 7/1/07
hm, 1st weekend dalam tahun 2007 ni, i have started my day by wake up late at 8am. subuh dinosour lagi. aduh. after qada, terus aku gi kolej 9 hantar note e2 kat rusila. pastu, gi tempah gelanggang badminton kat kompleks sukan. nasib baik ari ni kerk busy ngan keje kat bilik, aku take advantage merayau pusing utm. kepala tengah pening.. psm?? duit?? telekom? makan?? aku rasa macam taknak makan langsung ari ni, tapi dek kawan2 ajak, segan lak aku nak tunjuk yang aku ni takde duit. ptptn ngan jpa dah masuk. best la diorang. aku gak sangap sorang2. hm, takpe la, sabar je la. pas tempah court, aku gi library jap cari installer microsoft sql server 2000. nasib baik ade, kalu tak sure melayang lagi la duit aku rm5.. haha, time2 sengkek macam ni, seposen pun rasa besar.. kat psz, just check emel, masuk friendster jap n pinjam cd. balik bilik jam 11pg, terus merehatkan diri. haha, aku tak tido tapi merenung masa depan. jap lagi jam 12 teman faizul gi angsana jap. nak beli cerek ng buku hm tuah iskandar. aku pun terbeli gak satu, tajuk: biar betul2. haha, ni la aku, pantang sangat kalu gi kedai buku mesti sambar gak satu dua buku. haha, takpelah, takde duit pun takde duit la, janji aku ada buku.. wahaha.. sampai bilik lebih kurang dalam 2.10ptg. terus rehat2 jap. kul 3karang nak gi playing badminton lak.. rasa rugi gak kalu aku tak gi, dah penat2 tempah court pagi tadi.. tido jap, bangun solat zuhur n terus gi. aku ingat aku ngan faizul je sbb takde sape pun yang reply mesej aku tadi. alhamdulillah, smpi sana, md shah, aidil, azmi ngan kancil ada. belasah je la.. haha, aku pun, ni 2nd time aku main (1st time kelmarin dulu) pas standard3.. wahaha, dah tak reti main, tapi best lak. tu yang aku jadi semangat tuk tempah court pagi tadi tuh. tak pe la, orang cakap kalu tak reti tu, take time la belajar sket2. kira ok la tu. sempat gak la lepak kat gym. haha, nak join madal club ke aku ni?? tidakkkkk... aku sesaja je layan, penat gak berlari, kayuh basikal, angkat pemenda tah aku pun tak tau nama. belasah je la... pastu sambung main sket lagi. penat siot.. balik bilik jam 5.30petang, baru teringat assignment ic test aku tak siap lagi. gi tanya kerk, dia buat dono je, macam aku ni kacau privacy dia lak. tak pe lah, balik bilik, solat asar dan take rest... haaa.. lupa lagi aku nak isytihar, hari ni besday paktam ngan oned k6. selamat hari lahir.. semoga panjang umur, murah rezeki, n so on..

ahad, 28/1/07
hm, ari ni aku, jijon ng aidil join explorace tourism utm. tu pasal semalam aku tido awal bangat, jam 11 dah terpejam biji mata. haha, save energy tuk hari ni la..

p/s:
1. Kalau dulu, makan sehari RM5 aje, sekarang ni dah maju sket, sehari RM10. Tapi badan still maintain, tak gemuk-gemuk pun.
2. Macam mention kat atas tu, konon-konon nak belajar vb la apa la, tapi haram tak buat pun. Sem tu aku quit final year project. Buta-buta je dapat E. Bila fikir-fikir balik, menyesal gilos. Lagi bagus if aku dapat habiskan on time.
3. Explorace Tourism UTM, team kitorang (Aku, Tamrin, Awe, Jijon, Aidil) catat sejarah menang Johan 2x berturut-turut. Pergh, mantap seh. Tapi kalau nak join lagi sekarang ni, konfem pancit. Haha. Aku rasa skot-skot yang lain pun sama gak.
4. Time ni gak, selalu gi Pusat Sukan layan main badminton. Haha, tau belasah main je.
5. Kolej 11 tak pernah ditukar nama kepada Kolej Sulaiman Kadikon, tapi aku dengan ini mengisytiharkannya sebab aku dengan Langgak memang anti gila dengan dia ni.
6. Aku dengan ini nak ucap berbanyak-banyak terima kasih buat skot dan kawan-kawan yang banyak membantu dan memudahkan urusan aku kat UTM dulu. If takde korang, tak grad la aku. I wish many thanks to Kerk, Langgak, Paktam, Paiman, Dayat, Hairil Sunan, Fairuz, Pak Keron, Mahathir, Besau, Aidil, Faizul Kedah, Rusydi, Ustat, Awe, Shahsengal, Arip kodikon, Kumrin, Jijon, Amet Cuan, Adib, Apis, Madal, Amin Khalid, Jukaka, Paksu, Mamate dan semua skot-skot palapes (aku tak mampu nak mention nama korang semua) dan budak-budak SEL batch aku (korang ramai sangat, susah nk mention semua kat sini). Hanya Allah yang dapat membalas jasa-jasa korang. Trimas. Pergh, sebak siot..
7. Sudah-sudahlah diulit kenangan. Yang lepas biarkan lepas. Cau..

7 ulasan:

PemerhatiMuda berkata...

akim kena penyakit angau langau lahabau hahahaha..udah2 la tu akim..
kenangan tetap kenangan..hik3

- arif7900

akimsensei berkata...

haha.. ni translate baik punya dr surveyor ke? pemerhati? haha..

BuRuuj berkata...

akim...kenangan adalah pengalaman. tak gitew??

PemerhatiMuda berkata...

gelakkan aku yer xper2 huhu..

akimsensei berkata...

pemerhati,
xdelah nk gelakkan ko.. gurau2 jek.. ko kt vietnam lg ke?

buruj,
yap betul tu, tu semua kenangan, pengalaman yg sgt2 berharga..

PemerhatiMuda berkata...

xder la kim..aku kat rumah ni..
dah dkt 4 bulan aku menganggur ni huhu..

akimsensei berkata...

pergh, best gilos.. ko kawin senyap2 pe pemerhati.. agk2 ar.. dok kat rumah satu je ko kena pantang, makan.. kang xpsl2 aku pgil ko boyot, boyot, boyot mcm mamat upsi tuh.. haha..

Related Posts with Thumbnails