Isnin, Mac 30

''kad kredit oh kad kredit, xde masalah bayar pun problem jugak ye"

Saja nak share, baru tadi aku dapat panggilan dari service center mana ntah, kata nak check expired date kad kredit, then kata nak hantar service card kat aku. Dengan tiba-tibanya. Aku pun tanya la, sebab apa pulak nak hantar service card tu kat aku, sebab sebelum ni takde pulak aku apply ke approve ke apa-apa kad. Then, dia kata ayat lebih kurang kat bawah ni la, yang aku suspek macam satu unsur paksaan. Aku tak sure ni memang ni betul dari maybank atau tak.

Dia: Assalamualaikum
Aku: Waalaikumussalam
Dia: Ini Encik Mohd Hakim Zakaria ke? Saya Tini (aku dgr2 ni la namanye) dari service card center.
Aku: Ok, ada apa ye?
Dia: Ok, begini ye Encik Hakim. Saya nak check expired date kad kredit Encik Hakim.
Aku: Uiks, kenape ye?
Dia: Begini Encik Hakim. Saya nak hantar service card kepada Encik Hakim, dalam tempoh 14 hari dari hari ini.
Aku: Eh, saya tak ambil service card ape pun. Apasal nak hantar pulak?
Dia: Dalam rekod kami, Encik Hakim salah seorang antara mereka yang terpilih sebab mempunyai rekod yang bersih dalam pembayaran kad kredit VISA. Jadi, kami diARAHkan untuk menghantar service card ini kepada Encik Hakim yang mempunyai pelbagai kelebihan.
Aku: Wajib ke?
Dia: Wajib Encik Hakim, sebab kami diARAHkan untuk menghantar kad servis ini kepada Encik Hakim.
Aku: Eh, mana boleh macam ni, apasal wajib pulak, mana boleh paksa-paksa (aku dh mula hangin time ni)
Dia: Iya Encik Hakim, oleh sebab Encik Hakim mempunyai rekod yang bersih dalam pembayaran kad kredit, kami diARAHkan untuk menghantar kad servis ini kepada Encik Hakim.
Aku: Ok, apa kelebihan kad ini?
Dia: Kelebihan kad ini? Oh, kad ini mempunyai banyak kelebihan ya Encik Hakim. Antaranya PA Insurance free coverage, kemudahan towing, hotel bla, bla, bla...
Aku: Saya tak minat.
Dia: ... (diam, seminit gak la diam).. so macam mana Encik Hakim?
Aku: Macam mana apa?
Dia: Kad servis ini mempunyai banyak kelebihan, Encik Hakim. Kami diARAHkan untuk menghantar kad servis ini kepada Encik Hakim.
Aku: Eh, kalau saya tak nak terima macam mana?
Dia: Oleh sebab Encik Hakim tak ada masalah bayaran setakat ini, kami diARAHkan untuk menghantar kad ini.
Aku: Macam mana dengan fees?
Dia: O, annual fee percuma, tapi Encik Hakim kene bayar processing fee sekali seumur hidup.
Aku: Hm, berapa ek processing fee tuh?
Dia: Sekali seumur hidup, processing fee sebanyak RM588 ye Encik Hakim.
Aku: (Haram, nak kebas duit aku la ni, kang tak cukup duit aku karang). O, ye ke?
Dia: Iye Encik Hakim, so, boleh saya tahu expired date VISA card Encik Hakim.
Aku: Eh jap, saya mana ada duit nak bayar processing fee tu. Saya baru je kerja ni, mana ada duit. (dah start hot, haha..)
Dia: Tak apa Encik Hakim, Encik Hakim boleh bayar bulan-bulan RM60, Encik Hakim just bayar minimum RM50 setiap bulan ke untuk kad kredit Encik Hakim?
Aku: (Eh, macam xde rekod je, aku yekan je lah) Iye.. Eh, saya taknak terima la tawaran service card ni. Tak mampu nak bayar, lagipun saya bukan guna pun kad ini.
Dia: Begini Encik Hakim. Encik Hakim tak rugi apa-apa. Selepas membayar, Encik Hakim akan menerima service card ini sekali dengan baucer hotel 2 hari 3 malam bernilai RM600.
Aku: Eh, saya nak buat apa dengan baucer tu, saya bukan nak pi mana-mana pun.
Dia: Takpe Encik Hakim, Encik Hakim boleh jual baucer ni kat orang lain. Siap ada harga lagi tu kat belakang baucer ni.
Aku: Nak menjual kat orang lain tu yang payah, saya tak pandai nak jual.
Dia: (letak gagang)
Aku: Yes, haram betul nak kebas duit aku la tu. Ya Allah, peliharalah hambaMu ini dari tipu daya dunia.

Pengajaran:
1) Kalau dapat call dari promotion psl pemende pun (especially kad kredit), bersedia untuk kata, saya tak minat, then terus letak gagang. Biarkan kita berasa bersalah (sebab terus letak gagang), asalkan duit tak lesap. Haha.
2) Korang fikir sendiri lah, tambah apa yang patut..

p/s: aku nak tengok, dalam 14 hari nanti (14/4/2009), sampai tak kad tu. kalau betul-betul sampai, memang azab la aku, nak kena terjah Biro Aduan Pengguna kalau macam tu. Tak pasal-pasal habis RM600 untuk kad bodoh ni. Hangin.

16 ulasan:

GC berkata...

Lohhh...macam tuh pun ader ker??...
Hebat...hebat sungguh kamu menepis soalan2 tuh. Mmg betul skrg byk call yg mcm tuh. Kwn GC baru kena, diorang offer PA Insurans RM107/sbln...sume details dr credit card lah . Dia x pandai kot nak menepis mcm kamu. pAgi ni dia check credit stmt online, dh kena potong 2 bulan serentak!!!... nak terminate polisi dia akan rugi RM214... terukkkk sungguh diorang ni.

anywhr, thanks 4 sharing

Salam
-GC-

akimsensei berkata...

kak gc,kene pandai kona2 gak cakap dengan dorang ni. kalau nak layan dgr dorang ckp, kene bersedia untuk kata NO walaupun hati time tu mcm dah kata yes, sebab kita tak tau hitam putimnya kan. ;) tq kak gc, slalu sgah sini.. huhu

illaieylla berkata...

emmm bagus gak jawapan mengelak akim tu...

tp ni lg 1 tips dr akak...
bila terjumpa sales person or terima call dr yg sewaktu dgnnya, ckp terus terang kat dorg kata sblm awak abiskan air liur n masa sy so sy mmg x minat n x suka.

tu je, hehehe mmg efektif

akimsensei berkata...

ok gak tu kak illa, directly ckp camtu, then terus off hp.. xpyh nk layan.. ;)

GC berkata...

wahh...illa punya tepis lagi direct..hebat sungguh...
tp mmg susah dan berat je rasa hati ni bila nak kata 'NO' =)

akimsensei berkata...

tapi kak gc, betul jugak cakap kak illa tu, better kata NO awal2 time awal2 lagi dia offer, daripada kata NO bila statement kad kredit sampai, "Oh, NOoooo!" Hehe..

Azmil berkata...

aku pnh kena gak kes ni..tp takder smpi paksa la..kdg2 tu aku rs mcm suara org sm jer..tp aku mmg tolak la tiap kali hehehe..

tp kes cam ko ni pnh jd kt kwn aku mggu lps..aku rs ko mayb kenal ahmad kamal dak utm @ srm gak..dia satu opis dgn aku..kes dia sm cam ko la..mcm kena pksa ajer..dia mmg tk nk then org tu yg letak tepon tp dia rsu in case diorg tolak dr c/c dia..dia call tnya kt cimb n diorg ckp mmg diorg ni leh amik/tolak duit dr acc c/c kita walaupun kita tk bg..tp in case apa2 hal diorg akan hold kn dulu..camtu la jwpn cimb huhu..
tp apa2 pun mmg bhy la diorg ni skrg..cam extrem giler nk cari pelanggan tk mcm dulu..

akimsensei berkata...

tu la pasal azmil. kene dgn org yg memang susah nak say NO (sbb xnk nk kecewakan org), sangap sorg2 la nk byr bil2 tu. xpe, kita ada pihak authorities, apa2 hal bleh mengadu kt dorang. aku rasa aku nk kene check ng maybank gak ar, nti xpsl2 hilang rm588 buta2 jek.

Wing_0 berkata...

Wah, rajin hang melayan minah tu. Tak mintak nombor phone dia ka? Boleh call balik sambung sembang.

Apa pun tahniah kerana pandai menepis paksaan-paksaan daripada pemaksa-pemaksa panggilan macam ni. Rasa dah makin banyak buat macam tu.

akimsensei berkata...

haha, nasib baik aku dh ada yg punya, kalau x, memang aku xamik no hp dia. miahaha. saja nak dengar, kang tertanya2 pulak kalau aku terus off. tapi, sentiasa standby dok ulang-ulang dalam hati, "say NO, say NO, say NO". haha.

Tanpa Nama berkata...

aku pon pernah dpt call camtu..2-3 kali kot last month,tapi sbb aku busy, aku malas nak layan lama2 sbb tgh keje..so aku xpernah kena pape la..tu la kena saling berigt b4 kena kan..

akimsensei berkata...

betul tu aril af7.. setuju bangat seh..

kapten berkata...

weh akim rugi ko tolak... baik ko bg kat aku...baucer cuti tue ko leh bagi kat aku.. boleh la aku gi melencong..best tue..rugi akim..rugi..akim.. naper ko tak fowardkan no tepon aku jer kat dia...huhu...

p/s: susah untuk katakan tidak, tp senang tuk katakan tidak pada rokok huhuhu

akimsensei berkata...

haha kapten.. skot2 sedia.. bagi baucer tu kat hg, then aku kene bayar rm600 buta2, xbleh2.. haha, aku kasik no phone hg kt dia karg, xtertolak lak hg nti..

p/s:xsemua org senang tuk katakan tidak pada rokok..

qunia berkata...

baru semalam kena lagi.. hampir tiap2 bulan lah saya kena. letih betul nak cakap No, No, No.
sampaikan skarang ni kalau ade kol masuk nombor yg tak kenal, sy prefer tak nak jawab. :)

akimsensei berkata...

qunia,save aje no yg call tu.dorg slalunya org yg sama je.so,kalau nmpk memg call tu dari dorg,xpyh cari penyakit angkat call tu.xpasal2 kene jual masa kita yg amat berharga tu kt dorg free.huhu.

Related Posts with Thumbnails