Sabtu, Mac 28

"ni la tuah manusia, siapa yg tau"

Tiba-tiba, teringat apart of ym dengannya semalam. "wah congrat! ko slalu bertuah..ni la tuah manusia, siapa yg tau" . Dan sampai sekarang ni, ada 4 luck yang menerjah aku setakat ni. Alhamdulillah. "Semoga Allah memudahkan urusan buat kita semua"

1. Tak pernah dibayangkan nama diri ini akan tersenarai dalam novel seorang penulis Thriller No.1 Malaysia, siapa lagi kalau bukan Abang Ramlee Awang Murshid dalam novel terbaru beliau, MIKHAIL, bukan sekadar sebuah nama. Sesungguhnya, ini penghargaan yang amat-amat tinggi dan sungguh mengharukan buat kitorang warga RAMFC KLIK, terima kasih yang tak terhingga buat Abang Ramlee kerana sudi mengabadikan nama kami yang bukan siapa-siapa ini menjadi sebahagian daripada MIKHAIL di ruangan dedikasi. Doa kami, semoga idea Abang Ramlee lebih mencurah-curah dalam penghasilan novel, cepat-cepat la habiskan penulisan SEMBILAN NYAWA dan jugak RAYYAN FANTASI, dah tak sabar-sabar nak baca ni.

2. Dalam dok sebut pasal duit terpijak time dok bersembang dengan skot-skot lama PALAPES UTM kat sini KLIK, aku plak menang duit terpijak sebab menang 2nd place Kuiz Novel Liza Zahira kat sini KLIK. Memang ada cerita di sebalik penyertaan aku ni. Semuanya berlaku time aku balik kampung (Penang) bulan 12 dulu. Memang aku dah aim awal-awal nak masuk contest ni lepas Abang Long Alaf21FC warwarkan kat RAMFC, tapi, dah banyak kedai buku aku dah terjah, tak juga jumpa dengan novel Kak Liza yang satu lagi tu, iaitu Bahtera Kasih. Nak dijadikan cerita, semasa jalan-jalan gi Jusco Seberang Prai City, tak pasal-pasal, diri ini terjengah Popular Bookstore dalam tu (ni memang dah habit aku, pantang nampak kedai buku, mesti nak masuk walaupun just untuk belek-belek aje). Ternampak la 2 novel yang perlu dibaca kalau nak jawab soalan yang diberikan oleh Kak Liza Zahira tu, iaitu Kau Tetap Di Hati dan juga Bahtera Kasih (yang susah aku nak cari tadi tu). Siap ada sebelah menyebelah lagi tu. Adik aku, Liza dan juga sepupu, Zahira (ni memang bukan cerita dongeng, gabung nama dorang bleh jadi nama novelis tu) pulak dok cerita novel tu la yang diorang dok angan-angan nak baca time datang Jusco tu dulu, sebab konon-konon diorang yang tulis. Apa lagi, aku terus grab both novel tu, baca sampai habis, sama-sama jawab soalan dengan adik aku tu, dan join the contest. Alhamdulillah, both penyertaan menang, 2nd place (dapat duit terpijak RM200) dan juga hadiah saguhati. Alhamdulillah, Alhamdulillah.

3. Dalam dok kata kami, batch yang masuk Telekom bulan 2 last year takkan dapat bonus sebab tak disahkan jawatan lagi, tiba-tiba, ditakdirkan ada juga bonus untuk kitorang this year selepas ada antara team batch kitorang yang fight dengan HR. Walaupun tak banyak mana, tapi ok la dari tak dapat langsung (bagi aku, memang dah kira banyak ni). KPI pulak dapat average, quite ok la bagi staf baru macam aku ni. "Simpan-simpan, jangan nak mengada-ngada belanja duit tu."

4. My 2nd propose to her berjaya. Tapi tak boleh la berlebih-lebihan, sebab masih tiada apa-apa ikatan yang pasti. Mesti pandai menekan butang PAUSE bak kata Ust Hasrizal dalam blog beliau KLIK, takut-takut mengundang dosa yang tak nampak kat alam sini tapi mengazabkan di alam sana. Semoga dipermudahkan segala urusan, hidup mesti punya matlamat, semoga lepas ni, takde lah aku terawang-awang lagi, ke bumi tidak, ke langit pun tidak. Lagipun masih terlalu awal untuk meramal masa depan. Banyak-banyak berdoa. Semoga lepas ni, takdelah kes aku melarikan diri ke Kuantan lagi, melepaskan kusut melawan ombak.. Ombak jahat.. Haha..

Sekian update dari den, jangan lupa malam ni earth hour 8.30 smpi 9.30, sejam je kita nak bergelap. Esok pagi, bergerak ke Pontian untuk kenduri kahwin Zila skot PALAPES menumpang kereta Tamrin dan juga Asna. Pas subuh nk kena terjah Komuter Serdang, amik train pi Seremban, then amik bas gi Gemas. Dari sana baru gerak gi Pontian.

Roger..

2 ulasan:

illaieylla berkata...

ehem seronoknya kalau diri selalu bertuah kan akim....

tp kan hehehe apesal mcm ada 2 org nama adik beradik kat ruangan dedikasi mikhail tu ye. sape dorg tu ek.... hehehehe

notification.......akim is no longer available

akimsensei berkata...

haha, kak illa, tu frodot dan adiknya kan.. bertuah la frodot, dalam dok terhijab, nama still ada.. ;) tp memg frodot mencipta havoc kt ramfc, xde dia, dh xmeriah sgt kan..

Related Posts with Thumbnails