Ni sinopsis yang aku dapat dari web alaf 21.
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga. <--dgr khabar, cerita ni ada kaitan dgn konflik yahudi-palestin
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar. <--psiko lagi ni
RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi! <--ni yg best ni
p/s: jangan lupa sambar novel ni, pasti berbaloi. harga? macam biasa RM19.90 saja bah.
7 ulasan:
esok nk pi minerva..
tak ramai lelaki yg meminati novel. anda lain. bagus2!!
buruuj, luar biasa bagus.. haha..
kimot mmg lain dr yang lain.....huhuhu..
kimot...nk jgk rooftop tu...leh x.......
fyenot.. nak rooftop, order ja kt jemari seni.. jimat pun jimat.. hehe..
yea, dh terjah minerva dan tersambar mikhail, meniti maut dan jugak rooftop rant.. best2, gak sabau mau baca..
akim, salam ... aku dah baca Mikhail. since aku ni mmg lembab nak paham novel2 bagai ni, leh x explain kat haku, saper yg nak bunuh Mikhail (<<< aku la konon) time kat cairo?? Chicken kew? seyes, aku x paham ... w/pun lentok gak ngan Raihana ...wihihi
If chicken yg nak bunuh ... Y? coz yg haku paham dia nak bunuh "aku" after "aku" x sampai hati nak shoot Raihana .... asal dia nak bunuh awal2 tu? kerrr ... ada page yg aku misslok?
and, tuk 1 page awal tu, Mikhail (yakni aku ;) ...) ada disamakan dgn kaum Horbit. mmmmm ... kalau betul sal kaum tu, speling dia patut nyer Horbit kew Hobbit??? itu pun kalau betul dsmakan dgn Kaum Hobbit yg aku tau la ... tp if mmg ada kaum Horbit yg ada kat N.Z tu tp aku x tau .. wallahualam ... yg naif tu datang nya dari aku jugakkan ... hihi
tu jer ... wassalam
Catat Ulasan