Sabtu, Mac 7

Raja Botol RAMFC & Finisher Medal Towerthon Menara KL

Tabung Merah, Hadiah Raja Botol RAMFC, pen cabutan bertuah RAMFC, beg milo Towerthon Menara KL, Finisher Medal Towerthon Menara KL. Kredit buat diari ungu aku sebagai pelapik.

Haha..Alhamdulillah, dalam tak jangka, dapat juga aku join kedua-dua aktiviti iaitu Lepak Santai RAMFC bersama Ramlee Awang Murshid dan juga Towerthon Menara KL. Kalau diikutkan jadual kerja, aku kena kerja syif siang kedua-dua hari tu, tapi trimas tu ofismate, Khairil OSC sebab sudi nak tukar syif dengan aku. Last-last dapat gak join both program, walaupun keletihan yang teramat menggila tahap manggala. Haha, hyperbola la pulak.

Lepak Santai RAMFC bersama Ramlee Awang Murshid diadakan pada 28/2 bertempat di Putrajaya (Taman apa perdana ntah, malas nak revise). Acara bermula pada jam 9 pagi tapi aku terpaksa buat keputusan untuk hadir petangnya aje memandangkan aku kerja syif malam pada hari tersebut dan keesokannya habis-habis syif, aku terpaksa merempit ke Menara KL pulak untuk Towerthon. Kalaulah aku terjoin dari awal pagi, alamatnye pengsan la aku esok kat Menara KL tu. Haha.

Ok, Lepak Santai RAMFC dimulakan dengan aktiviti mencari harta karun (aku tak join sebab time pagi-still diulit tidur yang lena). Dalam jam 3 petang, barulah aku mula merempit ke lokasi. Tak lama pun, just 20minit je dari Equin Park, tapi nak mencari diorang tu yang lamanya. Sampai aje, kelihatan semua RAMFC yang hadir tengah makan. Best tu, siap ada pulut kuning lagi tuh. Aku tak join makan skali, sebab baru je abis makan tengahari, terus gi bersembang-sembang dengan Kak Sue Onn (1st time jumpa face to face nih, selalu dok terjah kat blog RAMFC je, haha) dan juga Kak Illa (pass asam jeruk Penang yang dipesan aritu). Seterusnya, bermulalah acara santai bagi sesi petang yang terdiri daripada 3 aktiviti ganas iaitu raja botol, manggala mengganas dan jugak telefon berkarat.

Dalam kehadiran yang ada la lebih kurang 20++ tu, setiap game yang dibuat enjoy gilos sebab tak la serabut sangat. So, game pertama, raja botol. Ni rasanya second time aku main bende alah ni (macam pernah main dulu time ice breaking scholar holder YTM dulu tapi dah lupa la sebab tak apply selalu kan). Gamenya macam ni, setiap orang diassign satu nombor berdasarkan telunjuk Attokz (Mahaguru Game) dari satu sampai la berapa banyak nombor pun yang mampu dicapai. Syaratnya, apabila dituding oleh Attokz, orang tu terpaksa sebut nombor kuat-kuat dan setiap orang yang ke 7 atau yang ke gandaan 7 (14, 21, 28) atau yang ada nombor 7 (17, 27, 37) tak boleh sebut nombor tu tapi kena ganti dengan botol. Contoh, 1 2 3 4 5 6 botol 8 9 10 11 12 13 botol 15 16 botol dan seterusnya. Naik pening gak kepala aku main benda alah ni, alih-alih ditabalkan pulak sebagai raja botol, unbelievable. Haha.. Rekod yang tercatat sampai 28 je kot, ntah la aku dah tak ingat.

Habis je game raja botol tu, game diteruskan dengan manggala mengganas. Manggala ni kalau korang nak tau makhluk apa, kenalah korang khatamkan dulu novel Ramlee Awang Murshid bertajuk Bagaikan Puteri. Game ni memaksa kitorang untuk defend diri masing-masing daripada didakwa sebagai pembunuh orang-orang kampung. Time diundi tu, aku dapat post jawatan sebagai Tauke Kedai Runcit. Haiya.. Dalam undian tu, yang dapat post pelik-pelik tu, maknanya diorang ni orang kampung, tapi ada gak sebahagian (dalam 5 orang kot) yang dapat post Manggala iaitu makhluk pembunuh orang-orang kampung tuh. Tapi setiap orang tak boleh reveal diorang punya post kat orang lain kecuali time diorang nak defend diri dari tuduhan orang-orang kampung yang lain. Meriah gak lah game nih, kalau ada yang jenis mulut becok mesti lagi havoc. Haha.. If not mistaken, orang kampung terbaik dimenangi oleh Abang Web Sutera memegang post jawatan Dara Pingitan kot (tak sesuai nya post ni dengan orang yang dah kahwin, haha), manakala manggala terbaik (pandai menyamar) dimenangi oleh Kak Sang Ratu (orang Temerloh tapi kerja kat Singapore). Dalam sangkaan, Abang RAM dengan Kak Dayang sememangnya Manggala. Haha, termasuk la Abang Suhaimi Long Mr President.

Tiba-tiba, haripun malam.. Akak nasi lemak, Tok imam, 2 orang Manggala Abang RAM and Kak Sang Ratu.. Kak Fiza hang jadi apa ek? Aizuddin pun jadi apa tah, den yang singkirkan dia keluar.. Siannye.. haha..

Tengok la tangan Kak Iena dengan Kak Noreha tu.. Tersampuk dengan Manggala ke? Haha.. Sesuai jadi Manggala terbaik, kalau la depa ni Manggala.. Almalang, terjadik orang kampung la pulak..

Kemudian, sesi diteruskan dengan game seterusnya iaitu Telefon Berkarat. Memang berkarat habislah kitorang. Aizudin (anak tunggal novelis RAM) disqualified masuk game ni, siap merajuk lagi tuh (rilek Din, mental mesti kuat). Kitorang dibahagikan kepada 3 kumpulan (satu kumpulan 6 orang). Aku tercampak dalam Kumpulan 2 yang dianggotai oleh Kak Chef, Kak Lily, Abg RAM, Kak Dayang dan jugak Kak Anem. Memandangkan ayat-ayat berantai yang disediakan oleh Attokz dan Kak Faezah tu panjanglah sangat, memang habis barai lah. Dari 20 perkataan yang dikehendaki hafal, last-last tinggal 12 aje. Maksud ayat memang lari gila-gila, jauh menyimpang dari maksud asal. Game ni terbahagi kepada 3 pusingan. Setiap pusingan tu, ayatnye lain-lain. Sampai ada yang terkeluar matakaji semarang ingseng pun ada (group Encik Norden nih). Haha.

Ha, ni la ahli-ahli kumpulan 1 yang terdiri daripada Abang Suhaimi Long (orang tangkap gambar, surely xde dalam gambar ni), Kak Iena (hang lari pi mana kak), Anuar, Kak Fiza, Kak Sang Ratu dan jugak Mumtaz..

Ni pulak, sederat ahli-ahli kumpulan 2, Abang RAM, Kak Dayang, Kak Anem, Kak Chef, Kak Lily and siapakah mysterious guy yang hensem berbaju hijau kuning itu, haha..

Ni pulak, geng kumpulan 3, Kak Elle, Kak Illa, Kak Noreha, Abang Web Sutera, Encik Norden dan jugak Shima tengah kontrol ayu tuh.. One more thing, tengok Abang RAM yang selamba kodok makan mamee monster tuh.. Kerangupan terserlah.. Haha..

Ha, ni la contoh sampel ayat telefon berkarat tuh. If tak salah aku, ayat ni time pusingan pertama kot - ada salah ni..

Joyah Jongang Jalan-jalan
Jumpa Jenab Janda Jenal
Joyah Jemput Jenab Jumpa
Jamal Juling Jenab Janda
Jenuh Jumpa Jamal Juling

Berbelit-belitnya..

If tak salah aku gak, output dari kumpulan aku untuk kategori ni lebih kurang macam kat bawah ni..

Joyah Jumpa Jenab
Joyah Jeling-jeling
Jeling Jamal Juling

Tu tak masuk ayat pusingan kedua, ada lebih kurang macam ni kaki seluar keluar ular melingkar atas pagar surau kuala kurau arau lagi dan ayat pusingan ketiga yang siap masuk peribahasa jawa ono drono lon galok keu dronoh ape mende tah.. Haha..

Habis je game, terus berkumpul kat pondok skot (ni bahasa time PALAPES UTM dulu - rindu korang 92 orang, semoga sejahtera selalu). Memandangkan pak guard taman tu dah menunggu dengan muka tak puas hati, kitorang proceed dengan acara penerangan jawapan harta karun, cabutan bertuah seterusnya pengumuman pemenang bagi setiap kategori. Acara harta karun tu dimenangi oleh duo Anuar (Laksamana Sunan) dan Shima Pencuri Kambing Hitam (saja menambah, haha). Tempat kedua dimenangi oleh group The Makan, pasangan bahagia Abang Websutera dan juga Kak Chef seterusnya tempat ketiga jatuh kepada orang jauh dari Kuantan, group Kak Illa dan Kak Lily. Mantaplah..

Berikut adalah ringkasan pemenang bagi setiap game:

GAME MENCARI HARTA KARUN
1. Pasangan Anuar dan Shima Pencuri Kambing (korang ni suka sangat dok berkelahi dalalm facebook, macam ada something je, haha, gosip)
2. Pasangan bahagia Papaweb dan Kak Chef
3. Group Kak Illa dan juga Kak Lily (from Kuantan mari)

GAME RAJA BOTOL
ntah la sapa yang menang tuh.. sape2 je lah..

GAME MANGGALA MENGGANAS
orang kampung terbaik: Papaweb
manggala terbaik: Kak Ratu

GAME TELEFON BERKARAT
kumpulan 1 ditekongi oleh Abang Suhaimi Long

p/s: mungkin ada result yang terbalik kok, ntah la, den dah lupa.. kalau ada kesilapan, please inform, nanti den betulkan.

Lepak Santai RAMFC berakhir lebih kurang jam 6 petang. Langit kelam tak sabar-sabar nak hujan. Kredit yang tak ternilai buat Attokz, Kak Faezah dan jugak Kak Elle sekeluarga (including Fiqriat) + Kak Anem Kamehameha sebab menjadikan Lepak Santai RAMFC ni sebuah realiti. Sorry jugak tak dapat membantu sebab tak expect pun dapat join sebab syif malam. Allah punya kuasa. Kredit gak buat Papaweb dan Kak Chef atas masakan yang best tu, aku siap tapau bawak gi ofis lagi tuh, haha. Dan jugak, tak lupa buat Encik Nordin (orang paling kuat Alaf 21) dan juga Abang RAM sefamili (Kak Dayang dan Aizuddin). Lastly, sejuta terima kasih semua yang join, Kak Fiza, Anuar, Pencuri Kambing, Sang Ratu, Kak Sue Onn, orang-orang Kuantan Kak Illa dan Kak Lily dan yang lain ada yang den tak sebut sebab tak kenal sangat macam Kak Mumtaz, Kak Noreha, Kak Eina, lagipun shy-shy cat time tu, menggelabah puyuh sikit. Rasa malu gak nak join mula-mula sebab aku tak bantu apa-apa pun, tapi, terpaksa la menguatkan mental mengulang-ulang, "takpe, mental mesti kuat" berulang-ulang kali. Last-last terjoin gak. Ha, tak lupa jugak, kredit sekredit-kreditnya buat penaja atas goodie bag yang best tu (den tengok dari jauh je lah, Kak Anim, hang lupa nak pass kat den satu, tak leh laa den nak posingkan dalam gambar kat atas skali).

Aku terus merempit balik rumah dulu (ingatkan nak terus gi ofis) sebab ada benda penting tertinggal untuk game Towerthon Menara KL esok pagi 1 Mac. Balik rumah, mandi, kemas-kemas apa yang patut, terus merempit ke ofis. Hujan dah rintik-rintik, agak kebasahan jugak la tapi takpe, mental mesti kuat. Sampai ofis, then, urusan ofis la, bekerja dengan penuh ikhlas dan tawaduk. OSC, aku dengan Shidi today. Esoknya, jam 7 pagi (patutnya abis 8 pagi, tak cukup sejam ni, takpelah kira cover training yang aku gi time cuti kat MMC dulu tuh), terus aku merempit menghala ke Menara KL.

Malas nak cerita panjang, sampai kat sana dalam jam 8 pagi. Tengok happening dengan peserta yang ramai bangat seh. Kategori aku pun (TM staff) start lambat dalam 9.45 pagi. Apalagi, dalam dok melangut tunggu, tercommando rest jap tepi motor, tidur-tidur ayam. Dalam jam 9 pagi, aku pun bergerak gi kat tempat peserta duk berkumpul. Terjumpa bos aku (En Ansahari), dia pun join gak. Nampak gayanya kami 2 orang je dari IPNOC. Sembang gak dengan pakcik seorang ni dari SAC dan seorang pakcik jugak, chinese dari RNO Perak. Best gak, boleh kenal-kenal walaupun aku rasa macam tengah terbang je ni, terawang-awang.

Kategori ada banyak, dari men open, women open, disable, budak-budak sekolah, team korporat, TM staff, team budak-budak U, selebriti/artis, tu je kot. Alhamdulillah, berjaya gak aku sampai kat atas menara tu walaupun lambat dan kalah. Dapat gak la finisher medal. Seperti yang aku tak jangka, bos aku siap dapat nombor 1 lagi tuh. Tadi kata 1st time masuk, last-last baru dia reveal, dulu time panjat Menara TM, dia dapat nombor 4. Haha, saja taknak share petua dengan aku, patutlah nampak dia awal-awal lagi dah pecut. Aku punya la slow awal-awal (konon-konon nak simpan energy naik tangga jap lagi), last-last kat tangga tu aku tengok semua orang jalan je. Takde yang lari pun. Hampeh-hampeh, aku laju sket pun takpe tadi. Takpe, sebagai 1st timer, aku tak expect apa-apa, just nak habiskan game (dapat finisher medal), pastu layan persembahan (sambil-sambil rehat sementara tunggu pengumuman pemenang). Lagipun, otak pun tak berapa nak center sebab tak cukup tidur. BTW, tahniah kepada bos aku. Next year kita lawan lagi okey.

Okey, sesi persembahan dihidangkan dengan Tarian Tradisional oleh geng Menara KL gak. Kesian ada yang jatuh time nak pusing, tapi nasib baik sempat cover ikut rentak balik. Berdebup gak la bunyinya. Then, diteruskan dengan penyampaian hadiah dan medal. Rekod untuk tahun ni, 13minit berapa saat tah. Orang Kenya tuh, mau la tak laju. Ada gak dua pemenang khas, iaitu seorang uncle yang disable (jalan guna tongkat), tapi berjaya abiskan game (tahniah yang amat sangat) dan jugak seorang budak 4 tahun (if tak salah nama dia syafiq kot) yang berjaya abiskan game dalam masa 40 minit je. Aku pun buat 26minit, tak jauh beza pun, buat malu je. Haha. Persembahan last amat aku respek, iaitu pancaragam budak sekolah mana tah (Setapak High School kot) yang tiup paip siap pakai dan menari ala-ala portugis lagi tuh. Satu dalam sejuta nih nak jumpa kat Malaysia. Abis je persembahan tu bermakna abis la majlis. Ops, kategori artis dimenangi oleh Yasin Senario (siot, time sampai kat atas dia kat belakang aku, haha, kalau la aku nih artis, dah tentu dah johan). Alhamdulillah, aku bukan seorang artis, aku bukan siapa-siapa (cilok tagline Kak Sue Cendawan).

Balik rumah, lepas Zuhur, terus membuta sampai 6 petang. Bangun solat Asar, tido balik jap, then terus bersiap-siap nak gi keje. Malasnya + mengantuk. Seperti yang diramalkan, malam tu tercatat rekod aku tidor kat ofis (nasib baik tak banyak kes). Ya Allah, redhailah rezki hambaMu ini dari sumber-sumber yang halal. Semoga training yang aku pi time cuti dapat tampung kekurangan diri ini. Amin.

p/s: Sekian cerita hari-hari sibuk dari aku. Kredit tu Abang Suhaimi Long kerna tanpa izinnya aku mencilok gambar-gambar kat lokasi Lepak Santai RAMFC dari FBnya (sapa nak add FB aku, search raja botol ramfc okey). Yes, dah jumpa buku Aku Terima Nikahnya by Ust Hasrizal. Ya Allah, permudahkanlah urusan dalam membuat keputusan yang berhikmah. Doakan daku mendapat pencerahan dariNya. Amin.

2 ulasan:

akimsensei berkata...

haha.. panjangnya karangan den.. sukar dipercayai.. ;p

illaieylla berkata...

amboi mak aih akim.......

ni siap buat laporan lengkap giler. kalah akak tau hehehe. lah siannye akim x dpt goodie bag ye, nape x mintak dr anim or elle ari tu.

anyway, tx utk jeruk penang tu. akak dah mkn, wlpun k lily siap pesan bagai srh basuh dulu la b4 makan (ni doktor lily srh pantang takut kesan operate ari tu x abis lg) tp blkg dia akak mkn je hehehe.

Related Posts with Thumbnails