Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Good Luck, Ganbatte, Semoga Berjaya" buat semua calon SPM this year yang akan menempuh peperiksaan besar tersebut bermula esok 18/11. Especially buat adik saya, Liza, semoga dipermudahkan segalanya. Semoga dapat menjawab segala soalan dengan tenang dan senang. Semoga dipermudahkan segalanya. Semoga sentiasa sihat dan cemerlang kesihatan sepanjang tempoh sebulan exam tersebut sehingga 8/12 nanti. Sememangnya amat menuntut kesabaran dan keazaman yang tinggi kerana Hari Raya Haji juga termasuk dalam tempoh peperiksaan tersebut. Apa-apa pun, jangan risau sangat, buat yang terbaik, banyakkan berdoa, InsyaALLAH, akan dipermudahkan segalanya. Saya tiada tips untuk diberikan, yang pentingnya, percayalah bahawa setiap kita tidak dijadikan dengan sia-sia, dan setiap kita-kita ini berupaya menggenggam kejayaan. Jagalah dan semailah hubungan kita dengan 3 perkara, PENCIPTA, MANUSIA dan ALAM SEKELILING, mohon maaf dengan semua orang dan maafkan orang lain, insyaALLAH, semoga dipermudahkan segalanya.
Lagi satu berita gembira pada hari ini ialah tentang Kempen Membaca PTS yang diadakan mulai 21/11 - 3/1 ni yang menawarkan hadiah2 yang amat-amat menarik saya rasakan. Kempen ini turut memuatkan program affiliates yang pasti bakal mendapat sambutan yang memberangsangkan dari blogger semua. Apa lagi blogger, cepat pergi ke url www.pts.com.my dan selidikilah tentang peraduan ini. Untung-untung, anda bernasib baik dan mendapat hadiah buku percuma daripada PTS. Menarik lagi tertarik de bomb kan.
Dapatkan Buku Percuma Di Sini!
Dan juga, berita gembira lagi bahagia buat semua peminat novel, jangan lupa terjah Pesta Buku Alaf21 di pejabatnya kat Seksyen 16 Shah Alam. Diskaun sebesar gajah 30% menanti semua terutamanya Novel Bonus November iaitu 9Nyawa yang sememangnya dinanti-nantikan dengan hati yang teramat teramat teramat gelisah dan gundah oleh semua RAMIANS. Tidak sabarnya menunggu 1st day pesta iaitu 4/12 nanti. Untuk pengetahuan semua, pesta buku ini berlangsung selama 3 hari sehingga 6/12. Terjah, jangan tak terjah ye. Jom kita habiskan stok 9Nyawa 1st edition ini. Saya amat berharap, 9Nyawa ini bakal bebas daripada segala kesalahan ejaan yang memeritkan mata memandang, perit lagi untuk mengkhatamkannya. Semoga bacaan saya nanti tidak terganggu untuk sengaja memperbetulkan kesalahan tersebut. Dan semoga kekhusyukan saya menghayati cerita, aksi, thriller, suspens, gelojak, gejolak, dan sebagainya nanti berterusan dari awal membaca kulit buku sehingga ke pengakhiran kulit buku. Haha, overnya saya.
Sekian, semoga hari ini lebih baik dari semalam.
2 ulasan:
uishh..kena terjah tu.dah lama rasanya aku xmenggilakan diri beli buku2 ni.mesti..mesti pergi
iyalah sabiot.. terjah jgn tak terjah.. sekarang kat mana ye? puchong ke ganu? lama tak dengar khabar berita. apa2pun, semoga dirahmati Allah sentiasa ya sabiah.
Catat Ulasan