Selasa, Mac 2

Realiti TV Terbaru: Adik-adikku, InsyaAllah Boleh..

Salam semua,

Bermula minggu lepas, saya telah menjadi penonton setia rancangan ini, Adik-adikku, sebuah realiti TV terbaru yang berlangsung pada jam 6.30 petang di RTM TV1 dan juga siaran ulangan pada jam 9.30 pagi di TV yang sama. Yang menariknya, dalam rancangan ini, kita dapat melihat bakat-bakat cilik ini berpidato sambil diselang-selikan dengan syair, tarannum, nasyid dan sebagainya yang pada saya, amat perlu diketengahkan di kalangan masyarakat. Terpegun seketika melihat adik-adik kecil ini berhujah, tak mustahil akan lahir pelapis negara yang berketrampilan seperti Ustazah Siti Nor Bahiyah, Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yang giat berdakwah dan berkongsi ilmu dengan masyarakat sekeliling pada masa hadapan. Betapa malangnya rancangan sebaik ini, tidak diuploadkan dan dikongsikan di laman web TV1, saya amat berharap sekiranya pihak RTM dapat mencontohi TV3 dan TV9 yang menguploadkan Al-Kuliyyah dan Halaqah di laman web mereka, supaya mereka-mereka yang terlepas sesebuah episod dapat menghadamnya pada bila-bila masa di laman web tersebut. Saya catatkan maklumat penting tentang rancangan best ini di bawah, jom secawan!

Masa ke udara: 6.30 petang, Isnin sehingga Jumaat RTM TV1
Ulangan: 9.30 pagi, Isnin sehingga Jumaat RTM TV1

Thumbs up buat semua yang terlibat dalam menjayakan rancangan berbentuk dakwah sebegini.


Layan Video Ni (Low Quality of Video ye)

Lihat adik ini, begitu bersemangat berpidato. Dah masuk suku akhir ni.

Serba sedikit maklumat tentang rancangan ini

3 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

program tv isteri2 aku ada tak??


>>___<<

akimsensei berkata...

isteri2ku ke, mini2 ramfcku frodot? hahah.. the pinky guy with payung pink, itulah frodot.. LUVE dah keluar sambungan.. huhu..

GC berkata...

Salam Akim,
mmg rancangan yang patut terima publisiti dan tahniah...!
semua yang terlibat dari perancangan awal hingga sekarang patut terima pujian...
GC pun suka tengok, tp selalu terlepas, sbb balik kerja lambat.. cadangan Akim mmg patut RTM TV1 pertimbangkan..
GC bagi TWO Thumbs Up buat semua yang terlibat ;D

Related Posts with Thumbnails